Thursday, June 26, 2008

PETROL MEMBAKAR AQIDAH...??

Pengumuman kenaikan harga petrol disambut 'riang' oleh rakyat Malaysia sehingga stesen-stesen minyak di seluruh negara 'berpesta' sakan.
Kenaikan ini pada mulanya di umumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad bahawa berkuatkuasa Ogos nanti namun indah khabar dari rupa. Kenaikan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter menggambarkan situasi yang sangat membimbangkan ramai pihak terutama individu yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kekhuatiran kenaikan harga barang juga menjadi perdebatan yang hangat di meja kedai kopi hingga ke meja makan dapur. Rakyat semakin resah, paniknya semakin bertambah. Dalam masa yang sama juga petrol sudah 'membakar' aqidah.

Membakar Aqidah

Selepas pengumuman tersebut, dunia seolah-olah mengalami 'kiamat' kecil.
Stesen-stesen minyak sesak sejak awal petang lagi hingga lewat tengah malam. Solat maghrib terlepas begitu sahaja akibat kesesakan yang dialami sehingga ada beberapa individu yang bergaduh kerana berlanggar sesama sendiri. Cacian juga hinaan dilontarkan kepada kereta-kereta yang memotong barisan tanpa mengira bangsa atau agama. Setibanya di rumah lewat malam dalam keadaan yang sangat memenatkan, solat isyak tergadai begitu sahaja akibat panggilan bantal dan tilam lebih enak berbanding panggilan Ilahi untuk mengadap-Nya.

Umat Islam terutamanya sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur syirik kecil;

Matilah aku harga minyak sudah naik. Kalau tak isi malam ni akulah manusia paling rugi di dunia"

Ayah di rumah pening memikirkan sumber pendapatan dan kos sara hidup yang semakin meningkat sehingga menolak keyakinan terhadap REZEKI dan KEBERKATAN kurniaan Allah s.w.t kepada sekalian hamba-Nya. Ibu di dapur sebak lalu menangis mengenangkan kesulitan yang bakal dihadapi dalam membesarkan anak-anak sehingga Kekuasaan dan Keesaan Allah s.w.t diketepikan secara perlahan-lahan tanpa sedar.

Masyarakat semakin kurang solat berjemaah gara-gara masjid jauh dari rumah dan penjimatan minyak diutamakan kepada pengunaan untuk mencari nafkah di luar. Jika dahulu setiap kali hujung minggu ziarah saudara-mara menjadi rutin, tetapi alasan kenaikan harga petrol menjadi penghalang utama mengikat silaturrahim sesama saudara Islam. Ceramah-ceramah agama makin berkurang hadirinnya akibat langkah penjimatan yang dilakukan oleh masyarakat sampai ke tahap yang membimbangkan.

Peniaga-peniaga menaikkan harga barang dengan sewenangnya walaupun menerima subsidi sehingga hilang keimanan mereka kepada Allah s.w.t Yang Maha Melihat;

Tak siapa tahu aku menipu dengan naikkan harga. Tak siapa nampak aku simpan stok untuk tinggikan lagi harga"

Remaja-remaja rempit yang berkeliaran kian giat merompak dan meragut untuk 'menyara' tunggangan mereka yang bernama 125Z dan RXZ. Jenayah seksual juga semakin meningkat akibat kos kenduri dan pernikahan dalam masyarakat Melayu terutamanya menghambat pasangan yang ingin berumahtangga untuk menyediakan sekurang-kurangnya puluhan ribu ringgit. Keinginan yang menggila untuk menyediakan pelamin yang gah, kenduri yang besar, persalinan pengantin yang banyak, upah jurugambar, dan sebagainya menjerut leher mereka sendiri sehingga menolak persoalan KEBERKATAN dalam pernikahan itu sendiri. Tidak hairanlah muda-mudi hari ini memilih jalan yang paling mudah untuk mengisi 'keperluan' mereka sebagai manusia yang sudah lanjut usia dengan menyewa hotel murah bersama pasangan tanpa mengeluarkan belanja yang besar. Malah lebih teruk lagi ada yang menculik dan merogol sesiapa sahaja yang berkesempatan.

Bagi keluarga yang sudah biasa dengan hidangan yang sedap serta mahal harganya mula resah akibat kenaikan harga barangan yang melambung. Hidangan yang dihadkan kepada lauk-pauk yang murah mengakibatkan anak-anak mula merajuk. Isteri di dapur pula sehari semalam berleter kepada si suami untuk mencari wang yang lebih untuk menyara keluarga. Suami yang kepenatan tertekan dan kadang-kala boleh menjurus ke arah membunuh diri. Struktur sosial keluarga kian terhakis satu demi satu.

Kenderaan di halaman rumah yang memerlukan petrol yang mencukupi untuk digerakkan menjadi harta utama yang dipandang oleh masyarakat. Hanya kerana ingin bergaya, kereta mewah dan menggunakan petrol yang banyak sanggup dibeli semata-mata memenuhi pandangan masyarakat terhadap KEBAHAGIAAN dan KEJAYAAN yang salah takrifannya.

Situasi ini menampakkan kepada kita kerakusan manusia dalam mengejar kepentingan sendiri tanpa memikirkan soal hidup orang lain.

Masyarakat yang longgar aqidah mereka kian menjunam ke lembah syirik secara perlahan-lahan. Benar bukan? Petrol 'membakar' aqidah.

Bertuhankan Dunia


Situasi ini berlaku apabila manusia itu sendiri 'menyembah' dunia serta menolak kebenaran Islam yang dibawa melalui al-Quran dan al-Sunnah.
Persoalan gaya hidup mewah menjadi kegilaan yang sangat menggerunkan sehingga ada yang sanggup menggadaikan maruah dan kehormatan untuk mencapai kesenangan hidup. Lambakan iklan-iklan yang menjaja kemodenan yang berteraskan nafsu dikayakan dalam media massa serta disuntik ke dalam pemikiran rakyat. Maka, masyarakat selesa berada dalam keadaan mewah ini tanpa memikirkan persoalan nasib orang lain yang tertindas dan hidup dalam serba kekurangan.

Kenderaan mewah yang menimbulkan kemegahan masyarakat selama ini menjadi ukuran kekayaan seseorang di mata masyarakat. Malah hampir semua perniagaan langsung dan Multi Level Marketing (MLM) menggambarkan usahawan yang berjaya mesti memiliki kerta mewah sebagai kayu ukur kejayaan hidup seseorang. Adakah benar dengan memiliki kereta mewah seseorang itu dianggap berjaya? Kejayaan dalam konteks kebendaan yang dilihat ternyata merosakkan sistem masyarakat. Masyarakat sudah menodai Rukun Negara yang pertama tanpa disedari; Kepercayaan Kepada Tuhan.

Persoalan gaya hidup yang terlalu mementingkan kemewahan dan keselesaan menampakkan kepincangan mentaliti masyarakat, tidak terkecuali kepada umat Islam. Saranan gerakan sivil serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan selama ini yang tidak diambil endah kian difokuskan sebagai jalan keluar segala permasalahan yang dihadapi saban hari. Dahulunya pandangan golongan ini dianggap sebagai 'kurang waras' oleh masyarakat akibat racun pihak media massa yang menusuk setiap urat nadi rakyat.

Memadam Kebakaran

Saranan YAB Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada rakyat untuk menukar gaya hidup dilihat sebagai "meludah ke langit".
Sebagai seorang pemimpin yang beragama Islam, riwayat hidup saidatina Khadijah wajar dijadikan sebagai iktibar dan pedoman kepada seluruh umat Islam. Apabila musyrikin Mekah memboikot penganut Islam ketika itu, saidatina Khadijah tampil dengan menggunakan kesemua hartanya sebagai penyelamat kepada kesengsaraan yang dialami umat Islam sehingga beliau jatuh miskin. Saidina Abu Bakar pula sanggup menghabiskan semua hartanya dalam membantu penderitaan umat Islam sehingga beliau berkata:

Hanya Allah s.w.t dan Rasul-Nya sahaja yang aku tinggalkan kepada isteri dan anak-anakku"

Tauladan yang mulia ini sepatutnya dijadikan ikutan setiap umat Islam yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan percaya kepada pertolongan-Nya dalam setiap kesulitan yang dihadapi. Jika umat Islam memahami syari'at Islam serta mengambil tindakan bersama untuk menangani segala permasalahan yang dihadapi berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah, tidak ada yang mustahil dengan pertolongan dari-Nya.

Majoriti menteri dan ahli parlimen beragama Islam. Malah kekayaan golongan ini mencapai ke suatu tahap yang sangat tinggi sama ada melalui pengisytiharan harta secara terbuka mahupun yang disembunyikan. Tidak mustahil dengan ketokohan golongan ini mengambil iktibar keperibadian saidina Abu Bakar al-Siddiq serta saidatina Khadijah sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi krisis harga petrol yang melambung. Sangat sukar tetapi tidak mustahil. Mengapa? Penanaman aqidah yang sahih dalam diri masyarakat di Malaysia sedikit longgar sejak kecil akibat kepincangan sistem pendidikan namun keyakinan kepada ganjaran Allah s.w.t wajib menjadi pegangan utama. Peringatan ini harus diulangi saban hari.

Firman Allah s.w.t dalam Kitab-Nya:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"

[QS al-Rūm 30:41]

Mari kita sama-sama memikirkan kembali kerosakan yang kita lakukan di dunia sama ada bersifat zahiriah mahupun batiniah. Semoga Allah s.w.t menghimpunkan kita dalam golongan yang bersyukur dengan apa yang ada dan beriman kepada-Nya dengan sebenar-benar iman. Astaghfirullah.

Monday, June 23, 2008

Key Perfomance Indexs (KPI) Ibadah...

KPI-KPI yg kita tak pernah develop, sebab bos kita tak pernah tanya Tp ada SOMEBODY yg akan tanya dan Dia akan tanya dpn semua manusiaTempoh HRPC: Ribu-ribu tahun

KPI



Base*


Stretch 1*


Stretch 2*


Remarks


Kualiti bersolat


Asalkan buat & cukup rukun


Terus solat lps azan


Sebelum azan dah ready atas sejadah


"PERINTAHKANLAH keluargamu bersolah dan bersabarlah dlm mengerjakan solah. Kami tidak meminta rezeki drpd kamu bahkan Kami lah yg memberi rezeki kpd kamu. Dan sesungguhnya balasan yg baik bg org yg bertakwa"
-Taha: 132-


Lelaki: Pegi masjid seminggu sekali


- Pegi masjid Maghrib
- Pegi masjid waktu lain yg sempat


- Subuh di masjid tiap hari
- Setiap waktu berjemaah di masjid
- Ahli kpd masjid


Hadis Nabi SAW"BARANGSIAPA mengerjakan solat 40hari dlm jemaah tanpa ketinggalan takbiratul ihram, maka Allah menetapkan baginya 2 kebebasan. Kebebasan dari sifat munafik dan kebebasan dari neraka"


Frequency membaca Quran


Satu hari satu page


-Pagi: Yaseen
-Malam: Yaseen, Al Waqiah, As Sajadah, Al-Mulk
- 1 juzuk sehari


- Buat semua dlm Stretch 1
-Khatam setiap 40hari @ setahun 2 kali



Implementation of sunnah


--


Amal sunnah sedikit-sedikit dan ikhlas


Dari celik mata sampai tidur semula, semua sunnah Nabi buat:



  • Doa bangun tidur pakai baju mkn keluar rumah masuk rumah naik/ turun kereta tengok cermin masuk toilet sugi istinjak tidur berdiri duduk masak hampar saprah
  • Dakwah Islam kpd kwn2
  • Makan tidur mandi ibadah ikut method Nabi

"SESEORG Muslim yg tabah menghidupkan satu Sunnah akan diberi ganjaran pahala seratus org mati syahid oleh Allah"
-Hadis Nabi s.a.w-


Kebijakan selesai masalah


à Minta tolong kawan
Ã
Doa


à Doa,
Ã
Minta tolong kawan


à Solat 2 rakaat mengadu pd Allah
Ã
Usaha

Ã
Solat lagi sekali sebab tak berjaya

Ã
Usaha

Ã
Solat lagi sampai Allah bagi atau redha dgn keputusan Allah


"DAN pohonlah pertolongan (kpd Allah) dgn sabar dan bersolat"
- Al Baqarah: 45-


Zikir


Lps solat
33 kali Subhanallah
33 kali Alhamdulillah
34 kali Allahuakbar


-Buat base
- Lps Subuh 300 kali
lps Asar 300 kali


- Sentiasa berzikir tak kira duduk baring @ diri
- 100 kali lps solat
- 300 kali lps Subuh 300 kali lps Asar (minimum)


"DAN berzikirlah kpd Allah dgn zikir yg banyak supaya kamu mendapat kemenangan"
-Al Anfal: 45-


"LBFS=leadership behavior feedback system
Ciri2 LBFS 1:


  • Taat semua perintah Allah tanpa malas
  • Taat semua perintah Nabi tanpa byk soal
  • Amal cara hidup para sahabat Nabi s.a.w
  • Dakwah kebesaran Allah dan iman kpd kawan2, jiran, keluarga
  • Hidup utk mati dan jumpa Allah


Ciri2 Rating 1:


  • Serahkan jiwa raga pada Allah
  • Senang ingat Allah susah ingat Allah
  • Buat amar makruf nahi mungkar
  • Ingat mati 24 jam
  • Baik hubungan dgn Allah baik hub dgn makhluk
  • Disayangi Allah disayangi manusia

"PPA=Personal Performance Appraisal REWARDS PPA 1 dan LBFS 1:

Wednesday, June 18, 2008

Futsal Dalaman Lembaga Zakat Selangor...

Pasukan ini mempunyai sejarah hitam yg pelik dan mengerunkan....disebabkan itu, semangat pemusnahnya telah sebati dlm jiwa mereka...mereka tidak gentar menghadapi segala situasi yg mencabar...betapa getir nya perjalanan hidup mereka sehingga segala perasaan mereka musnah diarus pembangunan yg mencengkam....nnt kan kemunculan mereka....grrrrrrrrrrrrrrrrr,,,,grrrrrrrrr berwaspada lah.,....

Thursday, June 12, 2008

Rakyat Patut Tukar Cara Hidup...

dahulu sekarang

kepada pak lah... PM kesayangan ku

saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak..
selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..
anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bn
saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik
saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen
saya tak pakai pon kete... sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..
anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya...

buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
saya tidak akan menggunakan gula... tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot
akan menggantikan beras ngan ubi... setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)
saya akan buat minyak masak sendiri
itu antara care saya merubah hidup..
ade banyak lagi care
semuanya kerna UMNO dan bn...

dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!

jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..
jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan menyokong pak lah..

akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup bn..

sekian terima kasih..

ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan patrik badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat scomi

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas.

**petikan dari email org ramai...
**peratusan kadar kemiskinan meningkat

Monday, June 9, 2008

Kajian Tentang Tidur Siang (Islamik & Saintifik)


Tidur Siang: Pandangan Islam & Saintifik..

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah
satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu
kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan
dengannya
.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah
satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.
Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang
hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari
sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.
Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari
untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari.
Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang
keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk
kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk
melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini,
berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu
siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari,
didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga,
tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke
atas negara-negara industri dan pasca-industri telah
mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang
berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya
kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka
untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini
pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News:
'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker
Productivity,' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk
tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia
untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini
disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a
secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang
menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony,
Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of
Napping at Work.'

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan
Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and
Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects
of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell
University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari
sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan
tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain,
Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari
adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu
jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,'
Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya
merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas
produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Sejarah Minyak Malaysia...

Sejarah minyak Malaysia dan mecatat sejarah baru di Malaysia....kene catit masuk buku sejarah...


cara pengiraan peggunaan minyak dgn RM kadar baru...sila klik sini


kadar minyak dinegara pengeluar seperti Malaysia:-