Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.Manakala Islam mengajar umatnya supaya mandi untuk menjaga kebersihan rohani dan jasmani seperti mandi hadas, mandi selepas haid dan nifas dll. Tidak terkecuali juga orang Islam yang telah mati sebelum dikebumikan perlu dimandikan kecuali mati syahid.Antara Beberapa Kebaikan Mandi:

Menyegarkan Badan: Mandi dengan air sejuk atau air panas bukan sahaja boleh membersihkan dan menghilangkan daki dibadan tetapi ia juga dapat menyegarkan badan dari rasa mengantuk atau keletihan.
Menurunkan panas badan: Selain itu mandi atau membasahkan badan didapati boleh menurunkan panas badan ketika mengidapi demam atau tidak sihat. Panas badan yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan sawan atau kecacatan terutama kanak-kanak.
Menghindari kutu dan parasit: Kita adalah digalakan mandi 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Basah dan cuci keseluruhan badan dan termasuk rambut dengan mengunakan sabun berubat atau shampoo. Ia bertujuan menghalau kutu dan parasit yang menghuni di badan dan rambut kita.
Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Stres: Jika anda mengalami stres, mandi air sejuk adalah jawapan yang tepat. Suhu yg dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau sukar tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Cara perubatan ini juga berguna untuk pengidap lelah, pendarahan hidung, selsema dan juga sembelit.
Walaubagaimanapun tuan puan disyorkan meminum air masak atau mineral sebanyak mungkin untuk pembunganan toxin dan kesimbangan dalam badan.
No comments:
Post a Comment